Waah! Lega aku siot! Akhirnya aku dah dapat tahu maksud lambang misteri yang membelenggu kepala otak aku selama ni.
Lambang Misteri ni sebenarnya adalah lambang untuk satu laman web sosial baru untuk berkomunikasi dengan lebih mudah dengan member-member dan untuk buat kawan baru. Laman Web ni bertajuk KOLONY ..
KOLONY adalah rangkaian sosial untuk berinteraksi, tapi bukan terhad pada laman web macam laman-laman web sosial yang lain. KOLONY ni setahu aku, boleh guna telefon bimbit, tapi kena ada talian Celcom lah. Jadi kalau tak ada komputer ke laptop tak jadi masalah, boleh guna telefon bimbit, sebab zaman sekarang semua orang ada telefon bimbit apa. Menarik jugak lah rangkaian sosial terbaru KOLONY ni, senang nak berhubung dan berinteraksi walaupun sentiasa bergerak.
Rupa-rupanya lambang misteri ni ada maksud positif dan bukan berkaitan dengan unsur-unsur bahaya atau kurang elok, macam amaran kita akan ditawan oleh mahluk asing lah katakan. Best jugak Kolony ni, kalau nak tahu lebih lanjut pasal KOLONY, jom ah tengok website ni ye?
Tuesday, 5 April 2011
Monday, 4 April 2011
Pelancong Kanada Telah Menjadi Saksi Lambang Misteri
"Hi Kaki Misteri,
My name is Pat Jennings. My wife Sue and myself recently flew down to Malaysia for our yearly holiday in South East Asia. We have been to Malaysia before, as well as Singapore, Thailand, Indonesia, Vietnam and Cambodia. This year we decided to come back to Malaysia because we like it here and we have always felt as though we are at home here in Malaysia.
After holidaying on the beautiful island of Perhentian kecil, off the coast of the east coast state of Terengganu in Peninsular Malaysia for five days, Sue and myself happily made our way back to the nation’s capital Kuala Lumpur for a few free and easy days before heading back to Vancouver, Canada.
The first day back in Kuala Lumpur we pretty much did not do anything because we were tired from holidaying, snorkelling, diving, swimming, sun-bathing, eating and drinking, basically living the enjoyable, laid-back island holiday life. On the second day in Kuala Lumpur, Sue and myself decided to take a stroll in the heart of the city and just lap up the sights and sounds that we see and hear around us. Sue had the digital camcorder while I took on the role of holiday photographer and had the camera around my neck.
After about two and a half hours of walking around the Bukit Bintang and Pavilion area, we made our way to Kuala Lumpur City Center (KLCC). As we were walking along the road which takes us past Kuala Lumpur’s hotbed for nightlife and entertainment, the road where Beach Club and Thai Club is, we came to a traffic light junction and we were about to cross the road to get to the other side like the chicken in the commonly heard of joke.
Sue was recording the sights with the digital camcorder when she told me to look at the traffic lights as there was something peculiar with the traffic lights which caught her ever sharp and alert eye. I looked and the traffic lights and did not notice anything out of the ordinary. “The red light does look brighter than usual if that is what is different”, I quipped. Sue looked at me, giving me a puzzled look, while saying, “look at the red light, look into the red light my dear”.
When I looked at the traffic light again, this time with more inquisitive eyes, I noticed something, some kind of shape which was on the red light of the traffic light. The green and yellow lights of the traffic lights did not have this shape on it. Only the red light had this weird shape which looked like a symbol, some sort of symbol or rather. Most of the people around us did not notice this symbol on the red light of the traffic lights because they seemed busy and preoccupied with what they were doing. Us being tourists were naturally more observant and alert to our surroundings that the others around us.
I did not have to tell or remind Sue to record the strange symbol on the red traffic light as she was smart enough to do so without being told, that’s my dear Sue! So now here I am posting up the video Sue took of that weird symbol or rather that was on the red light of the traffic light. I spoke to some locals about what we saw and some of them told us that it could be an advertising gimmick. I beg to differ, advertising gimmicks have tag-lines and catch-phrases, this weird looking symbol did not have any accompanying words, it was just a symbol, an interestingly weird and peculiar symbol which caught both Sue’s and my eye.
So we saw your blog on Google and thought you'd want to see this video as well. Let us know when you have found the answer.
Cheers."
Aku telah uploadkan ke Youtube akaun ku.
Berikut adalah video tersebut yang telah dihantar oleh Pat.
P/S: Thanks Pat for the email and video. We shall meet in KL soon!
Sunday, 3 April 2011
Lambang Misteri dari Monorail di Kuala Lumpur
Harap semua sedang bersantai pada hujung minggu yang indah ini.
Namun hati saya seram sejuk kerana pagi tadi saya telah menerima satu lagi e-mel dari salah seorang pembaca blog ini yg hanya ingin dikenali sebagai Ms.Lee ....
Beliau telah menghantar satu video yang diambil dari LRT atau Monorail semasa beliau di dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama sanak saudaranya. Adiknya telah membaca blog saya ini dan ingin berkongsi pengalaman dalam melihat Lambang Misteri ini juga.
Saya harap kita semua akan dapat jawapan yang tepat kepada segala lambang misteri ini..
Beriku adalah video tersebut yang telah saya uploadkan ke Youtube saya...

Friday, 1 April 2011
Pembaca Lambang Misteri jumpa Lambang Misteri
Sedang aku membuat research tentang Lambang Misteri ini, aku telah menerima e-maill dari salah kawan awek aku, iaitu juga seorang pembaca blog ku.
Pertama sekali aku ingin mengucap terima kasih kepada pembacaku yg juga kawan awek ku itu, Deqna kerana menghantar email itu. Dia mengatakan bahawa dia juga ada ternampak benda yang sama sewaktu dia dan kawan2 lain bermain di Arked atau Arcade. Dalam kata makna lain, tempat permainan komputer la...
Aku telah upload kan video ini dalam Youtube awek ku... Cuba kalian semua lihat.... aku terkejut dan teruja kerana nampak gaya orang lain pun dah nampak benda yang sama dgn aku. Namun semua masih keliru.
Apakah maknanya semua ini?
Thursday, 31 March 2011
Lambang Misteri Kejutkan Ku di Lampu Isyarat
Semalam aku kerja lambat, penat aku sebab aku mula kerja dari pagi-pagi lagi pukul lapan. Aku habis kerja lebih kurang dalam pukul sepuluh malam. Sejurus aku habis ngan kerja aku, aku tak tunggu atau berlegar di pejabat, aku terus gerak balik rumah lah apa lagi, sebab aku letih gila siot, aku tau aku nak rebah kat katil dan terus tidur, itu saja.
Aku tengah memandu kereta tak sampai lima minit lepas keluar daripada pejabat bila aku sampai simpang lampu isyarat besar, aku ingat sempat lah aku nak lepas, tapi betul-betul sebelum aku boleh sampai dan lepas simpang lampu isyarat tu, lampu isyarat tu pulak bertukar dari hijau ke kuning. Aku pulak ni pemandu berhemat, jadi bila aku nampak lampu isyarat dah bertukar ke warna kuning dan kemudiannya merah, aku pun tekan brek dan berhenti.
Lampu isyarat merah tu memang buat aku terkejut biawak sampai aku nyaris tekan minyak bila ada orang tengah duk lalulintas depan kereta aku sebab bila aku melihat warna merah lampu isyarat, hah! Tu hah! Aku Nampak lambang misteri yang membelenggu kepala otak aku selama ni. Aku mulut ternganga melihat lambang misteri tu kat lampu isyarat, sehingga lah lampu isyarat tu bertukar warna ke hijau dengan kereta-kereta dibelakang ku membunyikan hon kereta diaorang sebab aku lambat bertindak bila lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau akibat terkejut melihat lambang misteri tu kat lampu isyarat.
Sudah pelbagai tempat sudah aku melihat lambang misteri ni, dan aku pasti sekarang lebih ramai orang sudah nampak atau didedahkan pada lambang misteri ni. Dan mereka semestinya seperti aku, mengaru kepala memikirkan apa ke benda lah lambang misteri ni. Aku terus segar siot lepas nampak lambang misteri tu kat lampu isyarat, sebab adrenalin aku dah jalan kan…
Wednesday, 30 March 2011
Crop Circle Dilihat Dari Udara di Utara Malaysia!!!
Lingkaran Tanaman (Crop Circle) adalah kejadian aneh yang tiada penjelasan dimana tanaman di suatu kawasan membentuk bentuk-bentuk yang pelik dan ganjil, dimana lingkaran tanaman menjadi pola yang cukup besar dicipta hasil pendataran tuai.
Lingkaran Tanaman juga disebut sebagai Formasi Tanaman, kerana kejadian aneh ini tidak selalunya dalam bentuk bulatan. Walaupun tarikh yang tepat Lingkaran Tanaman mula muncul tidak diketahui, kes-kes yang telah didokumentasikan secara substansial didapati meningkat dari tahun 1970an hingga ke waktu masa kini.
Setakat ni ada dua puluh enam negara melaporkan sejumlah sepuluh-ribu Lingkaran Tanaman, dengan sepertiganya berlaku semasa penghujung abad ke-20, dan 90% darinya berlaku di bahagian selatan United Kingdom[UK]. Banyak dari formasi-formasi tanaman ini didapati muncul di daerah atau kawasan yang terletak dekat dengan monumen atau tempat bersejarah. Adakah kejadian lingkaran tanaman ni suatu kebetulan, suatu kelakuan lelucon, ataupun hasil kunjungan mahluk asing dari angkasa lepas ke dunia kita? Hanya Tuhan yang Maha Berkuasa mengetahui.
Lingkaran tanaman setahu aku hanya boleh dilihat dari Udara, dan kejadian aneh ni sebelum nil ah, tak pernah dilaporkan berlaku di benua Asia, lagi-lagi di Negara kita Malaysia.
Baru-baru ni awek ku yang berkerja sebagai seorang peramugari dengan sebuah syarikat penerbangan tempatan, menunjukkan suatu rakaman video benda aneh yang dia lihat semasa penerbangan dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur dimana dia bertugas. Video tu dia dapat dari salah seorang penumpang penerbangan tu yang secara kebetulan mempunyai alat rakaman video bersamanya waktu tu.
Semasa penerbangan hari tu yang berlepas dari Alor Setar, semuanya berjalan lancar dan seperti biasa semasa penerbangan tu, tiada apa yang luar biasa berlaku. Tetapi dalam dua ke tiga minit selepas berlepas dari Alor Setar, awek ku dan rakan-rakan kerjanya yang lain digemparkan oleh beberapa orang penumpang yang riuh melihat sesuatu dibawah dari tingkap kapal terbang diaorang.
Apabila awek ku pergi menyiasat apa yang menyebabkan beberapa orang penumpang tu tiba-tiba riuh, penumpang-penumpang tu suruh awek ku menjengok ke luar tingkap kapal terbang dan melihat sendiri apa yang dia nampak di bawah. Awek ku terkejut apabila dia melihat suatu bentuk aneh yang memang besar, yang jelas kelihatan dari sepuluh ribu ke dua puluh ribu kaki di Udara. Bentuk tu macam suatu lambang yang tak pernah dilihat, di sawah padi dibawah. Bentuk lambang aneh tu bulat dengan buncu-buncu tajam berpasangan. Memang luarbiasa lambang aneh tu.
Awek ku berfikir dengan pantas, bangga aku, sebab dia menyuruh salah seorang penumpang yang ada alat rakaman video untuk merakam lambang aneh tu. Dia menyuruh penumpang tu untuk merakam lingkaran tanaman tu sebab dia nak tunjuk kat aku, sebab dia tahu yang aku memang berminat dengan apa jua yang aneh dan pelik yang berlaku. Tak rugi gak ada awek macam dia! hehehehe...
Aku ada memasang mata dan telinga untuk apa jua berita atau laporan tentang lingkaran tanaman tu tapi tiada apa-apa. Aku tak kisah, sebab aku sudah menulis tentang lingkaran tanaman tu dalam blog ku ini, siap dengan rakaman video lagi, yang diambil semasa penerbangan tu. Sekarang Malaysia sudah dijangkiti dengan kejadian lingkaran tanaman seperti dua puluh-enam buah Negara lain sebelum ni yang melaporkan kejadian sebegini. Aku akan terus memasang mata dan telinga untuk apa jua maklumat dan berita tentang kejadian lingkaran tanaman ni, harap-harap ada lah apa-apa yang timbul untuk aku membuat kajian selanjutnya

Tuesday, 29 March 2011
Lambang Misteri dalam Akhbar hari ni!
Hidup dalam dunia teknologi kini makin ramai yang kurang minat membaca surat khabar. Namun aku masih lagi suka membelek akhbar seperti Harian Metro, The Star, dan sbgnya.
Aku suka bau surat khabar dan suka bila jari jemari aku masih menyentuh kertas akhbar.
Tp hari ni aku nampak benda yg sememangnya bukan pertama kali aku nampak, tapi aku tak sangka boleh ke situ mata ku memandang.
Simbol misteri yang aku dok buat research selama ni terpampang indah dalam surat khabar The Star. Bila aku nampak simbol itu, aku terkejut, aku terrrrrrcampak akhbar tersebut bagaikan aku ternampak hantu. Tapak tangan berpeluh.
Kali ni makin jelas simbol itu. Siap warna oren lagi tu. Sekarang bukan tapak tangan saja berpeluh tapi jantung pun sudah dap dip dup kencang!
Apakah maknanya semua ini?
Saturday, 12 February 2011
KLCC Jadi Tempat Terbaru Kemunculan Simbol Misteri
HARI ahad hujung minggu lepas, untuk saja aje melayan kebosanan akibat ketandusan ide dan aktiviti berbaloi untuk dibuat, aku buat keputusan bawak member-member aku yang senasib denganku dibelenggu kebosanan, ke Menara Berkembar Petronas KLCC untuk lepak melihat gelagat dan kelakuan orang ramai yang lalu lalang kat sana, sambil semestinya mengushar awek-awek cun sekali lah.
Sejurus sampai kat Menara Bekembar Petronas kiteorang duduk lah kat depan pintu masuk dewan philharmonic, sebab kat situ lah pun banyak orang duk melepak dan lalu-lalang. Mula-mula kiteorang tak perasan yang semua orang duk menjenguk ke atas. Bila kiteorang perasan yang semua orang duk menjenguk pandang keatas, kiteorang gelak sesama sendiri, ingat apalah diaorang ni semua, jakun betul macam tak pernah nampak bangunan tinggi seumur hidup diaorang. Maklumlah tak lama dulu Menara Berkembar Petronas pernah jadi bangunan tertinggi di dunia apa, tapi macam lah orang tak tau kan?
Tapi kitaorang manusia jugak penghujung hari, jadi nak tak nak, lepas beberapa lama kitaorang tak tahan, kitaorang pun join sekali jadi orang jakun pandang keatas. Hah! Terkejut kitaorang bila kitaorang nampak yang orang lain semua tu sebenarnya tengah jenguk satu lambang misteri yang terpampang baik kat tengah-tengah antara kedua-dua Menara Berkembar Petronas.
Tapi aku sebenarnya tak terkejut sebab aku dah pernah nampak lambang misteri ni. Yang pastinya aku lagi konfius daripada orang lain sebab dah lebih sekali aku duk lihat lambang misteri ni tapi lambang ni masih suatu misteri buat aku yang aku tak tahu menahu satu benda pun! Mula-mula member-member aku ingat gimik Petronas kot nak paparkan mungkin lambang baru diaorang, tapi tak mungkin jugak pasal lambang Petronas mesti ada warna hijau dengan line hitam putih. Tapi lambang misteri ni nampak macam lambang mahluk asing siot!
Member aku pulak boleh selitkan komen tak bertempat yang buat kitaorang takut jugak lah jap, yang lambang misteri tu mungkin petanda yang dunia kita ni bakal ditakluk mahluk asing daripada galaksi lain konon. Serta-merta member aku makan pelempang belakang kepala baik punya daripada member aku yang seorang lagi, padan muka buat statement tak boleh blah. Lambang Misteri tu bukan aje dapat perhatian kitaorang yang tengah berlegar kat luar, tapi trafik kat jalan keliling Menara Berkembar Petronas berhenti terus. Yang pastinya tak ada siapa tahu atau pernah nampak lambang misteri tu masa tu, kecuali aku seorang sahaja kot. Tensyen aku. Takde orang lain ke yang pernah nampak benda selain aku haaaaaaa?
Nak kene cari blog lain ni!
Thursday, 10 February 2011
Benda Pelik kat Padang Bola!
Semalam, aku gi tengok perlawanan bola sepak kat padang bola sekitar kawasan Lembah Kelang dekat dengan rumah member aku, memandangkan kiteorang bosan tak tau nak buat apa.
Perlawanan bola tu amatur, jadi takde lah gempak sangat. Aku ngan member aku nyaris terlelap bila kiteorang perasan benda pelik kat padang. Dari perlawanan bola yang tak berapa menarik, terus riuh orang keliling padang tu pasal yang gempak kat padang takde kena mengena dengan bola pun.
Masa perlawanan tu tengah giat berlansung, tiba-tiba kita orang yang duk menonton perasan symbol yang muncul kat padang, memang pelik betul.
Secara tetiba je muncul, takde amaran ke apa. Simbol tu memang penuh misteri, sebab aku tak pernah nampak simbol macam tu, orang lain pun pelik jugak macam aku sebab diaorang pun gerenti tak pernah nampak symbol macam tu.
Mula-mula aku ingat gimik mana-mana hamba Allah yang bosan duk tengok game bola tu, tapi memang takde orang pun yang duk lukis symbol tu kat padang, lagi-lagi dengan game bola tengah berlansung.
Yang aku pasti, aku rasa lah, simbol misteri ni memang takde kena-mengena dengan bola lansung. Kena-mengena dengan apa, hah! Ni yang aku tak tau tapi nak jugak tau!

Monday, 10 January 2011
Hari tu aku gi Bukit Bintang nak beli handphone baru.
Dalam perjalanan ke Bukit Bintang, keadaan trafik agak renggang dan tidak begitu sesak. Tetapi sejurus aku sampai kawasan sekitar Bukit Bintang, keadaan lalu lintas lebih teruk daripada yang aku sangkakan. Aku agak tergamam jugak dengan keadaan lalulintas yang sesak sangat sehingga aku mengambil masa sejam untuk pergi dari Berjaya Times Square ke pusat membeli-belah Bukit Bintang.
Setelah aku meletak kereta di carpark, aku perasan Bukit Bintang penuh dengan orang, lebih ramai daripada biasa. Kat sebelah aku ada couple ni tengah berjalan sebelahku yang memandangku mendapat komen, “Apa cerita hari ni, ada apa-apa menarik ke kat Bukit Bintang hari sampai ramai gila orang hari ni,” usha aku pada pasangan tu.
Diaorang pandang aku macam aku ni pelik dan suruh aku buka mata aku lagi lebih sikit dan pandang keliling.
Walaupun aku rasa pelik dapat maklumbalas macam tu, aku menjengok lah keliling aku dan baru aku perasan lambang ganjil yang tak pernah ku lihat berada hampir merata tempat, di dinding, pada cermin, kat lantai, dan bumbung. Rupa-rupanya, lambang misteri ni muncul secara tiba-tiba. Aku pun apa lagi, kuarkan kamera digital aku, snap pic lah!
Lambang misteri ni memang unik, satu lambang yang tak pernah ku lihat. Orang ramai yang berada kat Bukit Bintang masa tu memang terpegun melihat lambang misteri ni. Pada aku, aku rasa lambang misteri ni satu petanda untuk sesuatu yang akan datang, tetapi aku tak ada ide apa maksud atau pesanan lambang misteri ini, tapi for sure dalam masa terdekat kita akan dapat tahu sebab dan tujuan kemunculan lambang misteri ini yang muncul secara tiba-tiba. Cuma masa akan menentukan…
By the way, korang pernah nampak tak benda yang sama camni? Share la info wei.......
Subscribe to:
Posts (Atom)