Wednesday 30 March 2011

Crop Circle Dilihat Dari Udara di Utara Malaysia!!!

Lingkaran Tanaman (Crop Circle) adalah kejadian aneh yang tiada penjelasan dimana tanaman di suatu kawasan membentuk bentuk-bentuk yang pelik dan ganjil, dimana lingkaran tanaman menjadi pola yang cukup besar dicipta hasil pendataran tuai.

Lingkaran Tanaman juga disebut sebagai Formasi Tanaman, kerana kejadian aneh ini tidak selalunya dalam bentuk bulatan. Walaupun tarikh yang tepat Lingkaran Tanaman mula muncul tidak diketahui, kes-kes yang telah didokumentasikan secara substansial didapati meningkat dari tahun 1970an hingga ke waktu masa kini.

Setakat ni ada dua puluh enam negara melaporkan sejumlah sepuluh-ribu Lingkaran Tanaman, dengan sepertiganya berlaku semasa penghujung abad ke-20, dan 90% darinya berlaku di bahagian selatan United Kingdom[UK]. Banyak dari formasi-formasi tanaman ini didapati muncul di daerah atau kawasan yang terletak dekat dengan monumen atau tempat bersejarah. Adakah kejadian lingkaran tanaman ni suatu kebetulan, suatu kelakuan lelucon, ataupun hasil kunjungan mahluk asing dari angkasa lepas ke dunia kita? Hanya Tuhan yang Maha Berkuasa mengetahui.

Lingkaran tanaman setahu aku hanya boleh dilihat dari Udara, dan kejadian aneh ni sebelum nil ah, tak pernah dilaporkan berlaku di benua Asia, lagi-lagi di Negara kita Malaysia.


Baru-baru ni awek ku yang berkerja sebagai seorang peramugari dengan sebuah syarikat penerbangan tempatan, menunjukkan suatu rakaman video benda aneh yang dia lihat semasa penerbangan dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur dimana dia bertugas. Video tu dia dapat dari salah seorang penumpang penerbangan tu yang secara kebetulan mempunyai alat rakaman video bersamanya waktu tu.

Semasa penerbangan hari tu yang berlepas dari Alor Setar, semuanya berjalan lancar dan seperti biasa semasa penerbangan tu, tiada apa yang luar biasa berlaku. Tetapi dalam dua ke tiga minit selepas berlepas dari Alor Setar, awek ku dan rakan-rakan kerjanya yang lain digemparkan oleh beberapa orang penumpang yang riuh melihat sesuatu dibawah dari tingkap kapal terbang diaorang.

Apabila awek ku pergi menyiasat apa yang menyebabkan beberapa orang penumpang tu tiba-tiba riuh, penumpang-penumpang tu suruh awek ku menjengok ke luar tingkap kapal terbang dan melihat sendiri apa yang dia nampak di bawah. Awek ku terkejut apabila dia melihat suatu bentuk aneh yang memang besar, yang jelas kelihatan dari sepuluh ribu ke dua puluh ribu kaki di Udara. Bentuk tu macam suatu lambang yang tak pernah dilihat, di sawah padi dibawah. Bentuk lambang aneh tu bulat dengan buncu-buncu tajam berpasangan. Memang luarbiasa lambang aneh tu.

Awek ku berfikir dengan pantas, bangga aku, sebab dia menyuruh salah seorang penumpang yang ada alat rakaman video untuk merakam lambang aneh tu. Dia menyuruh penumpang tu untuk merakam lingkaran tanaman tu sebab dia nak tunjuk kat aku, sebab dia tahu yang aku memang berminat dengan apa jua yang aneh dan pelik yang berlaku. Tak rugi gak ada awek macam dia! hehehehe...

Aku ada memasang mata dan telinga untuk apa jua berita atau laporan tentang lingkaran tanaman tu tapi tiada apa-apa. Aku tak kisah, sebab aku sudah menulis tentang lingkaran tanaman tu dalam blog ku ini, siap dengan rakaman video lagi, yang diambil semasa penerbangan tu. Sekarang Malaysia sudah dijangkiti dengan kejadian lingkaran tanaman seperti dua puluh-enam buah Negara lain sebelum ni yang melaporkan kejadian sebegini. Aku akan terus memasang mata dan telinga untuk apa jua maklumat dan berita tentang kejadian lingkaran tanaman ni, harap-harap ada lah apa-apa yang timbul untuk aku membuat kajian selanjutnya

8 comments:

  1. wah banyak betul orang nampak simbol misteri yer..entahlah bila misteri ini akan terungkai

    ReplyDelete
  2. ni gambar apa ek?masa aku gi tgk cite hop kat the curve hadiah dari nuffnang ni pun,diorang bagi simbol ni jugak..n nape dia bagi website blog anda?

    ReplyDelete
  3. tapi vid dlm entry nie, bukan ke org tu dalm heli?

    ReplyDelete
  4. hmmm....mcm byk sgt je kebetulan..ntah2 kaki misteri ni ade kne mngena ngn benda alah simbol ni.. saje je nk wat mcm xtau... padalah kaki misteri ni adalah satu crew utk menyebarkan benda ni. too obvious lah weyh.. terlalu byk sgt KEBETULAN~

    ReplyDelete
  5. hihi ni celcom pny gimik for new product to be launch
    http://amanz.my/2011/04/celcom-dijangka-memperkenalkan-perkhidmatan-bernama-kolony/

    http://kulanzsalleh.com/blog-ni-pun-kena-infection-simbol-misteri/

    ReplyDelete
  6. check this link for further xplanations
    >>>http://www.cropcircleconnector.com/anasazi/japantsunami2011.html

    ReplyDelete
  7. tadi perasan simbol nih kat iklan aaron aziz time Buletin Utama TV3... Terkejut Sungguh... tgk sendiri!

    ReplyDelete