Thursday, 31 March 2011

Lambang Misteri Kejutkan Ku di Lampu Isyarat



Semalam aku kerja lambat, penat aku sebab aku mula kerja dari pagi-pagi lagi pukul lapan. Aku habis kerja lebih kurang dalam pukul sepuluh malam. Sejurus aku habis ngan kerja aku, aku tak tunggu atau berlegar di pejabat, aku terus gerak balik rumah lah apa lagi, sebab aku letih gila siot, aku tau aku nak rebah kat katil dan terus tidur, itu saja.
Aku tengah memandu kereta tak sampai lima minit lepas keluar daripada pejabat bila aku sampai simpang lampu isyarat besar, aku ingat sempat lah aku nak lepas, tapi betul-betul sebelum aku boleh sampai dan lepas simpang lampu isyarat tu, lampu isyarat tu pulak bertukar dari hijau ke kuning. Aku pulak ni pemandu berhemat, jadi bila aku nampak lampu isyarat dah bertukar ke warna kuning dan kemudiannya merah, aku pun tekan brek dan berhenti.
 Lampu isyarat merah tu memang buat aku terkejut biawak sampai aku nyaris tekan minyak bila ada orang tengah duk lalulintas depan kereta aku sebab bila aku melihat warna merah lampu isyarat, hah! Tu hah! Aku Nampak lambang misteri yang membelenggu kepala otak aku selama ni. Aku mulut ternganga melihat lambang misteri tu kat lampu isyarat, sehingga lah lampu isyarat tu bertukar warna ke hijau dengan kereta-kereta dibelakang ku membunyikan hon kereta diaorang sebab aku lambat bertindak bila lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau akibat terkejut melihat lambang misteri tu kat lampu isyarat.


Sudah pelbagai tempat sudah aku melihat lambang misteri ni, dan aku pasti sekarang lebih ramai orang sudah nampak atau didedahkan pada lambang misteri ni. Dan mereka semestinya seperti aku, mengaru kepala memikirkan apa ke benda lah lambang misteri ni. Aku terus segar siot lepas nampak lambang misteri tu kat lampu isyarat, sebab adrenalin aku dah jalan kan…

Wednesday, 30 March 2011

Crop Circle Dilihat Dari Udara di Utara Malaysia!!!

Lingkaran Tanaman (Crop Circle) adalah kejadian aneh yang tiada penjelasan dimana tanaman di suatu kawasan membentuk bentuk-bentuk yang pelik dan ganjil, dimana lingkaran tanaman menjadi pola yang cukup besar dicipta hasil pendataran tuai.

Lingkaran Tanaman juga disebut sebagai Formasi Tanaman, kerana kejadian aneh ini tidak selalunya dalam bentuk bulatan. Walaupun tarikh yang tepat Lingkaran Tanaman mula muncul tidak diketahui, kes-kes yang telah didokumentasikan secara substansial didapati meningkat dari tahun 1970an hingga ke waktu masa kini.

Setakat ni ada dua puluh enam negara melaporkan sejumlah sepuluh-ribu Lingkaran Tanaman, dengan sepertiganya berlaku semasa penghujung abad ke-20, dan 90% darinya berlaku di bahagian selatan United Kingdom[UK]. Banyak dari formasi-formasi tanaman ini didapati muncul di daerah atau kawasan yang terletak dekat dengan monumen atau tempat bersejarah. Adakah kejadian lingkaran tanaman ni suatu kebetulan, suatu kelakuan lelucon, ataupun hasil kunjungan mahluk asing dari angkasa lepas ke dunia kita? Hanya Tuhan yang Maha Berkuasa mengetahui.

Lingkaran tanaman setahu aku hanya boleh dilihat dari Udara, dan kejadian aneh ni sebelum nil ah, tak pernah dilaporkan berlaku di benua Asia, lagi-lagi di Negara kita Malaysia.


Baru-baru ni awek ku yang berkerja sebagai seorang peramugari dengan sebuah syarikat penerbangan tempatan, menunjukkan suatu rakaman video benda aneh yang dia lihat semasa penerbangan dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur dimana dia bertugas. Video tu dia dapat dari salah seorang penumpang penerbangan tu yang secara kebetulan mempunyai alat rakaman video bersamanya waktu tu.

Semasa penerbangan hari tu yang berlepas dari Alor Setar, semuanya berjalan lancar dan seperti biasa semasa penerbangan tu, tiada apa yang luar biasa berlaku. Tetapi dalam dua ke tiga minit selepas berlepas dari Alor Setar, awek ku dan rakan-rakan kerjanya yang lain digemparkan oleh beberapa orang penumpang yang riuh melihat sesuatu dibawah dari tingkap kapal terbang diaorang.

Apabila awek ku pergi menyiasat apa yang menyebabkan beberapa orang penumpang tu tiba-tiba riuh, penumpang-penumpang tu suruh awek ku menjengok ke luar tingkap kapal terbang dan melihat sendiri apa yang dia nampak di bawah. Awek ku terkejut apabila dia melihat suatu bentuk aneh yang memang besar, yang jelas kelihatan dari sepuluh ribu ke dua puluh ribu kaki di Udara. Bentuk tu macam suatu lambang yang tak pernah dilihat, di sawah padi dibawah. Bentuk lambang aneh tu bulat dengan buncu-buncu tajam berpasangan. Memang luarbiasa lambang aneh tu.

Awek ku berfikir dengan pantas, bangga aku, sebab dia menyuruh salah seorang penumpang yang ada alat rakaman video untuk merakam lambang aneh tu. Dia menyuruh penumpang tu untuk merakam lingkaran tanaman tu sebab dia nak tunjuk kat aku, sebab dia tahu yang aku memang berminat dengan apa jua yang aneh dan pelik yang berlaku. Tak rugi gak ada awek macam dia! hehehehe...

Aku ada memasang mata dan telinga untuk apa jua berita atau laporan tentang lingkaran tanaman tu tapi tiada apa-apa. Aku tak kisah, sebab aku sudah menulis tentang lingkaran tanaman tu dalam blog ku ini, siap dengan rakaman video lagi, yang diambil semasa penerbangan tu. Sekarang Malaysia sudah dijangkiti dengan kejadian lingkaran tanaman seperti dua puluh-enam buah Negara lain sebelum ni yang melaporkan kejadian sebegini. Aku akan terus memasang mata dan telinga untuk apa jua maklumat dan berita tentang kejadian lingkaran tanaman ni, harap-harap ada lah apa-apa yang timbul untuk aku membuat kajian selanjutnya

Tuesday, 29 March 2011

Lambang Misteri dalam Akhbar hari ni!

Hidup dalam dunia teknologi kini makin ramai yang kurang minat membaca surat khabar. Namun aku masih lagi suka membelek akhbar seperti Harian Metro, The Star, dan sbgnya. 

Aku suka bau surat khabar dan suka bila jari jemari aku masih menyentuh kertas akhbar.
Tp hari ni aku nampak benda yg sememangnya bukan pertama kali aku nampak, tapi aku tak sangka boleh ke situ mata ku memandang.

Simbol misteri yang aku dok buat research selama ni terpampang indah dalam surat khabar The Star. Bila aku nampak simbol itu, aku terkejut, aku terrrrrrcampak akhbar tersebut bagaikan aku ternampak hantu. Tapak tangan berpeluh.

Kali ni makin jelas simbol itu. Siap warna oren lagi tu. Sekarang bukan tapak tangan saja berpeluh tapi jantung pun sudah dap dip dup kencang!
Apakah maknanya semua ini?