HARI ahad hujung minggu lepas, untuk saja aje melayan kebosanan akibat ketandusan ide dan aktiviti berbaloi untuk dibuat, aku buat keputusan bawak member-member aku yang senasib denganku dibelenggu kebosanan, ke Menara Berkembar Petronas KLCC untuk lepak melihat gelagat dan kelakuan orang ramai yang lalu lalang kat sana, sambil semestinya mengushar awek-awek cun sekali lah.
Sejurus sampai kat Menara Bekembar Petronas kiteorang duduk lah kat depan pintu masuk dewan philharmonic, sebab kat situ lah pun banyak orang duk melepak dan lalu-lalang. Mula-mula kiteorang tak perasan yang semua orang duk menjenguk ke atas. Bila kiteorang perasan yang semua orang duk menjenguk pandang keatas, kiteorang gelak sesama sendiri, ingat apalah diaorang ni semua, jakun betul macam tak pernah nampak bangunan tinggi seumur hidup diaorang. Maklumlah tak lama dulu Menara Berkembar Petronas pernah jadi bangunan tertinggi di dunia apa, tapi macam lah orang tak tau kan?
Tapi kitaorang manusia jugak penghujung hari, jadi nak tak nak, lepas beberapa lama kitaorang tak tahan, kitaorang pun join sekali jadi orang jakun pandang keatas. Hah! Terkejut kitaorang bila kitaorang nampak yang orang lain semua tu sebenarnya tengah jenguk satu lambang misteri yang terpampang baik kat tengah-tengah antara kedua-dua Menara Berkembar Petronas.
Tapi aku sebenarnya tak terkejut sebab aku dah pernah nampak lambang misteri ni. Yang pastinya aku lagi konfius daripada orang lain sebab dah lebih sekali aku duk lihat lambang misteri ni tapi lambang ni masih suatu misteri buat aku yang aku tak tahu menahu satu benda pun! Mula-mula member-member aku ingat gimik Petronas kot nak paparkan mungkin lambang baru diaorang, tapi tak mungkin jugak pasal lambang Petronas mesti ada warna hijau dengan line hitam putih. Tapi lambang misteri ni nampak macam lambang mahluk asing siot!
Member aku pulak boleh selitkan komen tak bertempat yang buat kitaorang takut jugak lah jap, yang lambang misteri tu mungkin petanda yang dunia kita ni bakal ditakluk mahluk asing daripada galaksi lain konon. Serta-merta member aku makan pelempang belakang kepala baik punya daripada member aku yang seorang lagi, padan muka buat statement tak boleh blah. Lambang Misteri tu bukan aje dapat perhatian kitaorang yang tengah berlegar kat luar, tapi trafik kat jalan keliling Menara Berkembar Petronas berhenti terus. Yang pastinya tak ada siapa tahu atau pernah nampak lambang misteri tu masa tu, kecuali aku seorang sahaja kot. Tensyen aku. Takde orang lain ke yang pernah nampak benda selain aku haaaaaaa?
Nak kene cari blog lain ni!